p/s: gambar yg TIDAK bertanda gadis atas awan @ aisumi chan kawa'i adalah BUKAN HAK MILIK saya.. ia diambil dari sumber tumblr @ google.. harap maklum ;)

Sandwich @ Petronas Presint 16 Putrajaya

Lepas beli terus snap gambar.. belom sempat nak sampai rumah.. dalam kereta pon boleh lah! :-P hehee.. susah tau nak cari sandwich ni.. only ada dekat petronas presint 16 putrajaya.. tu pon setiap kali kalau nak pergi beli mesti dah habis..! :-(

Pagi ni bangun awal.. semata-mata nak pergi petronas presint 16 putrajaya.. nak beli sandwich ni! teringin sesangat dan selalu tak dapat! hari ni Alhamdulillah rezeki murah.. masuk je dalam petronas sandwich masih banyak..! ambil dua..! tamak kan? hehee..
buuurp..! ops~ Alhamdulillah.. kenyang dah :-P

Follow AisumiChan on Twitter

Pendam Itu Dendam

Sifat yang tak sepatutnya ada dalam diri.. tapi nak buat macamana? bila perasaan amarah itu tersimpan terlalu lama.. tak dapat pula nak diluah dengan kata-kata.. ia mula menjadi duri dalam hati..

awak tahu tak dendam itu sifat datangnya dari bisikan syaitan?
Buanglah yang keruh.. ambil lah yang jernih.. yes i know dah macam-macam orang tu buat kat diri awak.. berdoalah supaya dia sedar apa yang dia lakukan tu adalah sesuatu yang tidak baik.. tak pon talk heart to heart dengan orang tu.. berbincang baik-baik.. apa yang dia tak puas hati.. InsyaAllah nescaya semuanya akan baik kembali :-) usah dipendam segala perasaan geram..


Follow AisumiChan on Twitter

First Assignment (SHP2423)

Minggu ketiga dah mula terima assignment dah.. rasanya macam dah boleh adapt dengan status baru ni.. (weekend student) assingment yang diterima adalah untuk group untuk individual juga ada presentation..

Individual Assignment: 
Any topic related to Negotiation
Not more than 15 pages
Submit softcopy
Due date : before weeks 6

Group Assignment:
Topic: Conflict Resolution
presentation not more then 45 minute
using power point and video
submit softcopy
1-5 person in group
Due date: 5/5/2012

Mudah-mudahan dapat la siapkan assignment ni ikut tarikh yang dikehendaki.. juga dapat perform well untuk presentation nanti ;-)

Follow AisumiChan on Twitter

Dapat Gaji Tambahan

Rezeki bertambah lagi.. baru ni dapat berita gaji naik.. and semalam dapat pulak berita gembira lagi sekali.. for the next month akan ada gaji tambahan.. bukan disebab buat partime job.. kerja masih sama seperti biasa tapi ada tambahan extra kerja dari biasa :-) kerja lebih sikit pendapatan pon lebih sikit.. yiey! Alhamdulillah..


Follow AisumiChan on Twitter

Beli Barang Baby

Hihihi.. nampak macam buang tebiat kan? tiba-tiba jer beli barang baby :-P hehe sebenarnya ada few kawan-kawan saya sedang menunggu masa untuk nak bersalin.. dan ada juga yang baru sahaja lepas bersalin.. TAHNIAH yer!

Aura excited diorang yang bakal nak jadi mummy dan dah jadi mummy for the first time tu sampai dekat saya juga.. itu yang semangat semacam tuu! saya jadi aunty!! hehee.. kalau jalan-jalan dekat mall harus singgah dekat kedai yang jual barang atau pakaian baby..

Barang-barang ni saya beli online.. order semalam hari ni sampai! suke sangat-sangat! kena pulak bila jumpa yang ada gambar katak-katak chomel tu! harus la rembat! bukan satu.. tapi lima sekali gus..! nak bagi hadiah ke nak simpan sendiri eh? hehehe..


Follow AisumiChan on Twitter

Hajat Tercapai..

Dah tak bising-bising dah.. malam blackout baru ni sibuk ajak mami and ayah pergi cari makanan minuman ni.. tapi tak dapat.. at last! keesokkan berjaya juga mencari..

my favorite sandwich! satu tempat je ada dijual dekat putrajaya ni
my pemanas tekak cappuchino!
Dalam entry ni saya ada beritahu yang saya teringin makan sandwich dengan minum cappuchino kan? Alhamdulillah dah berjaya mencari.. hari ni senyum sampai ke telinga :-)


Follow AisumiChan on Twitter

Gaji Naik Bulan Ni....!

I AM SO THANKFUL TODAY
Padan la lambat sangat dapat gaji untuk bulan dua ni.. rupanya ada sesuatu yang menanti.. stress semalam terus hilang!

Alhamdulillah :-) still macam tak percaya lagi.. Dan tak sangka juga pejam celik pejam celik dah tiga tahun rupanya kerja disini..
masuk ni dah kali ke empat dapat kenaikan gaji..

Follow AisumiChan on Twitter

Stress Monday....!

Because of small thing pon nak emo! :-( sedih sungguh! Huhuu.. ini baru masuk second week study.. Dah stress bukan main lagi..! sampai mata pon dah berkaca-kaca menahan..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Kejap nak itu.. sekejap nak ini.. bila buat yang ini suro stop buat ini buat yang itu pulak.. bila dah buat yang itu bagi kerja lain suro buat pulak.. aduhai! nak menangis rasanya hari ni..!

Tambah pulak dengan perut dok berkeroncong dari pagi.. lagi buat saya rasa stress! bila ditanya nak jawab tak nak jawab sama banyak.. demam tak baik lagi.. mood tak berapa nak ok hari ni..
Semoga saya tabah menghadapi hari hari yang mendatang..

Follow AisumiChan on Twitter